Monday 26 September 2016

PERKONGSIAN KHASIAT SAYUR











KHASIAT MELALUI WARNA SAYUR-SAYURAN :



* SUMBER YANG DISEDIAKAN SAYA AMBIL DARIPADA GOOGLE... HANYA UNTUK MEMUDAHKAN DAN PERKONGSIAN SEMATA-MATA. SELAMAT MEMBACA. 


Saturday 24 September 2016

AYAM MASAK HALIA














Bahan - Bahan : 

1 ketul ayam bahagian dada  - ambil isi sahaja, racik halus
1inci halia - diracik halus
½ biji bawang holland - diracik
1 sudu makan sos tiram
1batang lada besar - racik kasar
1 inci carrot - racik halus
4/5 pokok - Broccoli / Cauliflower
3 sudu minyak masak
½cawan air
Garam secukup rasa

Cara Memasak : 

1. Tumiskan bawang holland dan halia sehingga layu.
2. Masukkan sos tiram dan air. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam dan carrot.
4. Bila ayam dah separuh masak, masukkan Broccoli /Cauliflower. 
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan seketika sehingga ayam masak. 
7. Masukkan lada, gaul sebati. Angkat dan hidang.



* Halia adalah antara makanan yang boleh mengurangkan angin dalam badan. Makan halia juga boleh menurunkan berat badan.so, rajin2 kn la diri anda mencuba masakkan ini ye.

Wednesday 21 September 2016

Chap Chai Thailand (Sayur Campur)



Bahan-Bahan:

3 Bawang Merah (dihiris)
3 Bawang Putih (diketuk)
Kobis 
bunga
Kobis brocolli
Sweetpea
Jagung muda
Lobak merah
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos Tiram
Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh)
air tepung jagung (memekatkan kuah)
Minyak zaitun
Garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara Memasak :

- Tumis bawang merah dan bawang putih. 
- Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas.
- Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. 
- Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, ajinomoto secukup rasa lidah orang Thailand. 
- Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. 
- Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Saturday 17 September 2016

ASAM PEDAS IKAN PARI



Bahan-Bahan :

-  Ikan Pari (Dipotong)
- 3 Senduk Cili dan Bawang Blend
- 3 Cawan Air
- Sedikit Air Asam
- Garam Secukupnya
- 10 Biji Bendi
- 2 Tomato
- Daun kesom
- 1 Senduk Minyak Masak

Cara Memasak : 

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili  dan bawang blend.
2. Tumis sehingga cili naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan air dan air asam masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun kesom 
5. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga betul-betul mendidih dan masukkan bendi.
7. Masak hingga bendi sedikit lembut dan tutup api.

* selamat mencuba ye... *

Wednesday 14 September 2016

IKAN GORENG ASAM JAWA

IKAN GORENG (KUAH ASAM JAWA)



Bahan-Bahan :

* Ikan talapia (apa-apa jenis pon boleh)
* Asam Jawa - perahan air asam jawa
* Bawang Besar - dipotong bulat
* Lada besar (kalau nak pedas guna cili api) - dihiris
* Minyak masak


Cara Memasak:

  • Goreng ikan dan asingkan.
  • Panaskan minyak
  • masukkan air perahan asam jawa
  • masukkan lada besar
  • apabila da hampir masak, masukkan bawang besar.
  • akhir sekali tuang kuah asam yang sudah dimasak di atas ikan goreng .

* da siap untuk dimakan...... *






Monday 12 September 2016

IKAN KEMBUNG REBUS

* IKAN KEMBUNG REBUS ASAM JAWA *






Bahan -Bahan :

  •  ikan kembung yg sangat segar
  • 1 cawan air
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 4 biji cili api merah dan hijau  - dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa


Cara Memasak : 

  1. rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih 
  2. tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali
  3. tumbuk 1/2 cili merah,bawang merah,belacan dan asam jawa
  4. bancuhkan bahan tumbuk dgn air rebusan ikan
  5. masukkan bahan yg dihiris,tomato,garam,gula dan perahkan limau nipis secukup rasa
  6. letakkan ikan dalam pinggan dan siramkan kuah tadi.siap untuk dimakan dengan nasi panas
  7. kalau malas nak tumbuk boleh dihiris halus semua bahan dan gaulkan saja dengan air rebusan


* mudah dan jimat masa... dan yang pasti sedap~~ *

Sunday 11 September 2016

SIAKAP STIM LIMAU








Bahan-Bahan :


  • seekor ikan siakap sederhana besar
  • 1 inci halia (dipotong memanjang)##
  • 3 helai daun limau purut##
  • garam, serbuk perasa dan sedikit gula##
  • 5 ulas bawang merah##
  • 4 ulas bawang putih##
  • 1/2 biji bawang besar##
  • 3/4 biji limau nipis (perah dan ambil airnya sahaja)##
  • 3-5 biji cili merah ##
  • daun ketumbar dan salad (untuk hiasan)


Cara Memasak : 



  • bersihkan ikan siakap dan disapukan dengan sedikit garamkemudian kukus  dengan sedikit air selama 15 - 20 minit (bergantung saiz ikan).
  • sementara menunggu ikan siakap masakpanaskan sedikit minyak kedalamkuali dan  masukkan semua bahan yang bertanda ##panaskan sehingga layu. rasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinyasaya panggil ini sebagai    kuah asam limaunya.
  • sementara menunggu ikan siakap masakpanaskan sedikit minyak kedalam kuali dan masukkan semua bahan yang bertanda ##panaskan sehingga layurasa sesedap rasa bolehlah tutupkan apinyasaya panggil ini sebagai    kuah asam limaunya.
  • bila ikan dah masak dan semua bahan tadi sudah layu tuangkan kuah dan   kukus   lagi selama lebih kurang 10 minit.
  • terakhir angkat ikan dan sedia dihidangkanjika anda ingin aroma yang lebih sedap  taburkan daun ketumbar dan salad.



*mudah kan... semudah 1,2,3!*

TOM YAM PUTIH (CAMPUR)

 Tom Yam Putih Campur

Bahan-Bahan:
1/2 ekor ayam saiz kecil – dicincang kasar
5 batang serai dititik
3 biji bawang besar dipotong 8
3 ulas bawang putih diketuk
11/2 inci lengkuas diketuk
cili padi dititik – kuantiti ikut suka
jus limau nipis semasam rasa
5 helai daun limau purut disiat
1 liter air rebusan ayam
sedikit sotong basah
sedikit udang basah
2 paket cendawan tiram – disiat
1 paket putik jagung – dipotong ikut suka
1 batang lobak merah – dipotong ikut suka
1 genggam brokoli – dipotong
1 genggam bunga kobis – dipotong
2 biji tomato saiz besar – potong baji
sedikit daun ketumbar – dihiris
garam dan gula secukupnya
sedikit perasa
Cara Memasak:
1. Rebus ayam bersama bawang besar, bawang putih, cili api, serai, lengkuas bersama air rebusan ayam secukupnya.
2. Apabila kuah mendidih dan ayam mulai empuk, tambahkan dengan sotong dan udang. Masukkan daun limau purut dan jus limau nipis secukupnya.
3. Masukkan brokoli, putik jagung, lobak dan kubis bunga.
4. Apabila sayuran agak layu masukkan cendawan tiram dan tomato.
5. Masukkan garam, perasa dan gula secukup rasa.
6. Biarkan seketika di atas api bolehlah dihidangkan panas-panas bersama hirisan daun ketumbar.

*   SELAMAT MENCUBA......   *