Wednesday 16 November 2016

KUIH TALAM SRI MUKA





Cara Menyediakan Bahagian Bawah


  • 150 gm beras pulut - rendam 3-4 jam
  • 200 ml santan cair
  • Garam secukup rasa
  • 1 helai daun pandan

 

Cara Penyediaan

  • Kukus pulut dgn santan cair, garam dan daun pandan.
  • Apabila pulut sudah masak, tekan biar pulut tadi menjadi padat dan ketepikan.


Cara Menyediakan Bahagian Atas

  • 1 cawan pati santan
  • 2 biji telur
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 25gm tepung gandum
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Sedikit pewarna hijau
  • Sedikit air perahan daun pandan
  • Sedikit garam


Cara Penyediaan

  • Bancuh tepung jagung, tepung gandum, garam, gula dengan bancuhan santan bersama telur
  • Masukkan sedikit pewarna hijau dan gaul dengan sebati.
  • Masak atas api yang perlahan hingga wap naik.
  • Tuangkan adunan tadi di atas pulut yang telah ditekan mampat.
  • Kukus selama 30 minit atau sehingga ianya masak.
  • Sejukkan sebelum dipotong dan dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA...

Sunday 16 October 2016

KENTANG GORENG CILI API







Bahan - Bahan :

kentang - belah 4 bahagian
ikan bilis
cili api - dihiris
garam 
bawang besar - dipotong bulat
perasa



Cara Memasak :

1. Goreng kentang sehingga kuning dan di asingkan.
2. Kemudian goreng ikan bilis sehingga garing.
3. Masukkan cili api dan bawang besar campur dengan ikan bilis tadi. 
4. Masukkan kentang goreng, tambah garam dan perasa.
5. Siap untuk dihidang......



MASAKKAN YANG PALING MUDAH DAN SEDAP DIMAKAN BERSAMA NASI PANAS.

Friday 7 October 2016

KERABU PERUT LEMBU



















Bahan A : 
1 kg perut lembu - dibersihkan,direbus dan di hiris nipis  
 kacang panjang secukupnya- dihiris halus  
 taugeh secukupnya- di cuci dan di bersihkan
1 bawang besar- hiris halus
4 biji cili padi- dihiris halus
2 biji limau nipis- ambil airnya
1 biji tomato- hiris   
Sedikit daun ketumbar dan daun kesum- dihiris halus

Bahan B:

1 sudu kerisik
2 batang serai- hiris halus
2 sudu udang kering- dibersihkan
1/2 bawang besar
4 ulas bawang putih   
sedikit belacan
1 inci halia

Cara-cara :

1. Tumbuk semua bahan B  hingga 3/4 hancur.
2. Gaulkan dengan perut yang telah dihiris tadi.
3. Gaulkan dengan semua sayuran yang telah dihiris halus dan juga air limau nipis.
4. Masukkan bahan perasa.

*SEDIA UNTUK DIHIDANG*

Monday 26 September 2016

PERKONGSIAN KHASIAT SAYUR











KHASIAT MELALUI WARNA SAYUR-SAYURAN :



* SUMBER YANG DISEDIAKAN SAYA AMBIL DARIPADA GOOGLE... HANYA UNTUK MEMUDAHKAN DAN PERKONGSIAN SEMATA-MATA. SELAMAT MEMBACA. 


Saturday 24 September 2016

AYAM MASAK HALIA














Bahan - Bahan : 

1 ketul ayam bahagian dada  - ambil isi sahaja, racik halus
1inci halia - diracik halus
½ biji bawang holland - diracik
1 sudu makan sos tiram
1batang lada besar - racik kasar
1 inci carrot - racik halus
4/5 pokok - Broccoli / Cauliflower
3 sudu minyak masak
½cawan air
Garam secukup rasa

Cara Memasak : 

1. Tumiskan bawang holland dan halia sehingga layu.
2. Masukkan sos tiram dan air. Masak sehingga mendidih.
3. Masukkan ayam dan carrot.
4. Bila ayam dah separuh masak, masukkan Broccoli /Cauliflower. 
5. Masukkan garam secukup rasa.
6. Biarkan seketika sehingga ayam masak. 
7. Masukkan lada, gaul sebati. Angkat dan hidang.



* Halia adalah antara makanan yang boleh mengurangkan angin dalam badan. Makan halia juga boleh menurunkan berat badan.so, rajin2 kn la diri anda mencuba masakkan ini ye.

Wednesday 21 September 2016

Chap Chai Thailand (Sayur Campur)



Bahan-Bahan:

3 Bawang Merah (dihiris)
3 Bawang Putih (diketuk)
Kobis 
bunga
Kobis brocolli
Sweetpea
Jagung muda
Lobak merah
Cendawan butang
Cendawan tiram
Sos Tiram
Sup ayam (guna kiub ayam pun boleh)
air tepung jagung (memekatkan kuah)
Minyak zaitun
Garam dan ajinomoto secukup rasa


Cara Memasak :

- Tumis bawang merah dan bawang putih. 
- Masukkan air sup ayam 2-3 senduk kemudian masukkan semua sayur di atas.
- Didihkan hingga sayur menjadi lembut dan masak. 
- Kemudian campurkan sos tiram, gula, garam, ajinomoto secukup rasa lidah orang Thailand. 
- Akhir sekali, masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuahnya. 
- Siap dihidang panas bersama nasi atau dimakan begitu sahaja.

Saturday 17 September 2016

ASAM PEDAS IKAN PARI



Bahan-Bahan :

-  Ikan Pari (Dipotong)
- 3 Senduk Cili dan Bawang Blend
- 3 Cawan Air
- Sedikit Air Asam
- Garam Secukupnya
- 10 Biji Bendi
- 2 Tomato
- Daun kesom
- 1 Senduk Minyak Masak

Cara Memasak : 

1. Panaskan minyak masak dan tumis cili  dan bawang blend.
2. Tumis sehingga cili naik bau dan sedikit garing.
3. Masukkan air dan air asam masak hingga mendidih.
4. Masukkan daun kesom 
5. Masukkan ikan pari dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga betul-betul mendidih dan masukkan bendi.
7. Masak hingga bendi sedikit lembut dan tutup api.

* selamat mencuba ye... *